Thursday, October 1, 2009

Saturday, September 13, 2008

Puasa sudah masuk hari ke 14..

Bangun sahur pagi ini,seprti biasa aku hanya minum susu bersama nestum,diakhiri dengan sebatang rokok.sementara menunggu azan subuh,aku melihat kelendar.oohh,sudah 14 hari puasa hari ni.cadang petang ni nak pergi shopping sikit.beli pakaian untuk anak2 dan juga isteri aku.termasuk lah untuk aku sendiri.tapi kat mana ni pergi shopping ni,semua tempat tentu sibuk menjelang raya ni.aku cadang nak ke shah alam kat komplek PKNS saje.kat situ semuanya ada.lepas shopping terus boleh berbuka kat hotel berdekatan.ok..pergi dulu..

Friday, September 12, 2008

Ada keresahan jiwa

Teman,
             aku baru menerima satu panggilan telefon awal pagi tadi. Seorang yang kupanggil makcik memperkenalkan diri.dia menceritakan masalahnya padaku.Oh,rupanya anaknya terlibat dengan dadah.Biasa,memang menjadi tugas kami disini untuk berurusan dengan mereka yang mempunyai masalah dadah atau berhubung kait dengan dadah.tapi tentang kes makcik ini yang aku tak mahu sebutkan namanya,anaknya yang menagih dadah perlu dibantu.Ia berusaha,berikhtiar bagaimana anaknya boleh dipulihkan.katanya inilah satu-satunya anak lelaki dia.masih ada tiga anak perempuan yang masih belajar.Pada anak lelaki inilah digantungkan harapan.selepas tamat belajar setakat SPM,dia bekerja disebuah syarikat.Pada awal mula bekerja,setiap kali mendapat gaji.ibunya tidak dilupakan.akan dihulurkan walaupun sedikit.ibunya bangga,setelah yakin sianak ini dapat membantu keluarga.Nak diharapkan pendapatan suami,hanya sebagai pemandu lori,cukup sekadar keperluan rumah sahaja.Bulan-bulan berikutnya,semakin kurang sumbangan dari anak ini diterima.adakalanya wang si ibu pula yang dimintanya.kononnya pinjam,dapat gaji akan bayar balek.namun tidak pernah membayarnya.Akhirnya melalui kawan sianak,ibunya mendapat tahu apa yng berlaku pada anaknya.Ia sudah  mula menjadi penagih dadah.
  Patutlah si ibu dapat melihat perubahan pada anaknya.selalu balek lewat malam kerumah.ditanya.katanya kerja overtime.makan dan pakai ibunya uruskan.tapi keadaan dirinya nampak semakin tak terurus.muka pucat.badan semakin kurus,selalu memencilkan diri,cepat marah dan selalu berbohong.Si ibu meneruskan ceritanya,suatu hari dipanggil anaknya berdua dengan dia sahaja,ditanya apa masalahnya dan bagaimana boleh dibantu.Ibunya walaupun tahu anaknya menagih dadah,tapi masih mahu mendengarnya dari mulut anaknya sendiri.Setelah didesak berkali-kali,akhirnya sianak mengaku.Ibunya muram dan bergenang airmata,meminta anaknya berhenti dari terus menagih dadah yang boleh menghancurkan masa depannya dan keluarga.Lalu saya dihubungi untuk mendapatkan pandangan dan jalan penyelesaian.Terdiam sejenak saya mendengar cerita yang lebih pada luahan rasa seorang ibu tentang anaknya.Insya Allah,saya akan terus berhubung dengan ibu ini dan membantunya menghadapi saat sukar ini untuk mengembalikan semula keceriaan pada keluarga ini.Semoga Allah akan beri kami kekuatan dan semangat yang kental untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik.Amin.